SOALAN 3
(e) : KEMAHIRAN PERIBAHASA
SPM 2005
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Walaupun
kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal
menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii)
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja berlebih-lebihan.
i. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
ii. Seperti burung di dalam sangkar, mata lepas badan
terkurung
iii. Ukur
baju di badan sendiri
SPM 2006
Baca dialog
di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir : Ramai
pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi
Sofea : Yalah,
bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa
yang betul.
Amir : Jika
kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada
setiap masa
dan keadaan, kerana……………(i)………………
Sofea : Media
massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam
mendaulatkan
bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
`
………………(ii)…………………..
Amir : Saya
bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
kritikan
dengan lebih berkesan kerana………………….(iii)……………
i. Bahasa jiwa bangsa/Bahasa menunjukkan bangsa
ii. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
iii. Mata
pena lebih tajam daripada mata pedang
SPM 2007
Berikan
maksud peribahasa di bawah.
(i) Bahasa Jiwa Bangsa
(ii) Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Seperti
air dalam kolam
i. Bahasa merupakan lambang keperibadian/identiti bangsa
ii. Tidak pernah bercerai; sangat cocok
iii. Orang
yang tenang sikap dan tingkah lakunya
SPM 2008
Tulis ayat
berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh.
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
(iii) Hati
gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
i. Mak Minah menjaga anak saudaranya bagai menatang minyak
yang penuh kerana dia tidak mempunyai anak kandung. (Maksud: Diperlakukan
dengan sangat hati-hati/dan penuh kasih sayang)
ii. Walaupun Ali hendak merantau jauh ke benua Eropah, ibu
bapanya tidak membantah kerana mereka yakin Ali pandai menjaga diri, seperti
kata pepatah benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. (Maksud: Yang baik
itu biar di mana pun tempatnya, akan tetap baik juga)
iii.
Walaupun sedikit, keuntungan yang diperoleh koperasi pekebun kecil itu dibahagi
sama rata ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (Maksud: Pembahagian
yang sama rata)
SPM JUN
2009
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Tiada rotan akar pun berguna.
(ii) Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
(iii) Kerbau
dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
i. Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh
juga.
ii. Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka
diri sendiri juga yang dapat malu.
iii. Janji
yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada
janjinya itu
SPM 2009
Baca dialog
di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut.
Ayah : Syafik,
jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan
diri dengan
budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua,
iaitu…………..(i)………………….
Syafik :
Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Ayah : Di luar
negara nanti ayah berharap Syafiq belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak,
berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga
muda untuk
membangunkan negara, bak kata peribahasa……………(ii)………..
Syafik : Saya
tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah : Satu
lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
sebanyak-banyaknya
kerana…………(iii)………………..
i. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
ii. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
iii. Jauh
berjalan luas pemandangan
SPM JUN 2010
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Bagai lebah menghimpunkan madu.
(ii) Seperti si buta baru celik.
(iii) Kemenyan
sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau.
i. Sangat rajin
ii. Menjadi sombong apabila memperoleh kejayaan
iii. IImu
atau kepandaian yang tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak
membawa faedah
SPM 2010
Isi tempat
kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah
merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai
…………….(i)………………
Selain itu,
mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
kerana…………..(ii)………………… . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang
murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan
pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik.
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….
i. aur dengan tebing
ii. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
iii. bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
SPM JUN
2011
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Besar pasak daripada tiang.
(ii) Cepat kaki ringan tangan.
(iii) Pantang
berundur sebelum berjuang.
i. Perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan
ii. Rajin dan giat
iii. Tidak
mudah berputus asa sebelum berjaya
SPM 2011
Baca maksud
peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud peribahasa tersebut.
(i) Pasangan yang sepadan.
(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja
yang melakukannya.
(iii) Orang
yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.
i. Bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata
ii. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
iii. Belut
pulang ke lumpur/Ikan pulang ke lubuk/Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya
hinggap di belakang kerbau
SPM JUN
2012
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.
(i) Sekalipun
kita digalakkan supaya berbuat baik, tetapi perlu berhati-hati supaya tidak ada
pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita itu. Walau
bagaimanapun, janganlah kita berfikir untuk melakukan kejahatan sepanjang
hayat.
(ii) Semua
anak imam itu berjaya dalam bidang akademik dan bidang keagamaan. Hal ini
tidaklah menghairankan kerana mereka berketurunan orang yang baik-baik.
(iii) Arif
menuduh Irfan mencuri telefon bimbitnya tetapi Irfan menafikannya. Berikutan
kejadian itu, ibu Arif menasihatinya supaya tidak membuat tuduhan secara melulu
kerana tindakan itu boleh menyebabkan pergaduhan.
i. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali
ii. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
iii. Serkap
jarang
SPM 2012
Berikan
maksud peribahasa di bawah.
(i) Membaca jambatan ilmu.
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat
air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
i. Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.
ii. Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga.
iii. Kata
sepakat tercapai dengan mesyuarat.
SPM JUN 2013
Isi tempat
kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Mengenang budi
memang menjadi amalan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Orang yang banyak berbakti
dan berjasa tetap akan dikenang sekalipun orang itu telah meninggal dunia
seperti yang terungkap dalam peribahasa ………………(i)………………. . Namun begitu,
terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang tidak mengenang budi
sebagaimana yang digambarkan oleh peribahasa …………..(ii)………………. . Oleh itu kita
dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yang diterima, malah cubalah
berusaha untuk membalasnya kerana peribahasa ada menyebut ……………(iii)……………
i. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama
ii. seperti kacang lupakan kulit
iii. orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
SPM 2013
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.
(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.
(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang
yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.
i. Tiada beban batu digalas/mendukung biawak hidup/menjolok
sarang tebuan
ii. Dalam tangan
iii.
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
SPM JUN
2014
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.
(i) Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan
perniagaan keluarga mereka.
(ii) Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang
diajar oleh guru-gurunya.
(iii) Dia
disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan bantuan
apabila diperlukan.
i. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bagaimana acuan
begitulah kuihnya/bapa borek anak rintik
ii. Terang hati/otak cair/ringan kepala/tajam akal
iii. Ringan
tulang
Super
ReplyDeleteSuper
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini ❤️
ReplyDeletethank you :D
ReplyDeleteSOALAN 5: PERIBAHASA
ReplyDeleteBaca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut
Layari sahaja laman sosial, kita dapat melihat pelbagai ragam gaya remaja termasuklah kehidupan yang mengutamakan jenama. Barangan berjenama ini bukan murah harganya Oleh sebab kehendak lebih menguasai akal, diturutkan jua arus fesyen yang tiada berpenghujung Kegilaan terhadap perkara-perkara ini hanyalah suatu pembaziran tanpa sempadan Sebagai contohnya, mereka yang tidak waspada dalam penggunaan telefon pintar pastinya mengundang kecelakaan dan membuka ruang kepada penjenayah siber menjalankan kegiatannya Perilaku remaja yang negatif ini akan mempengaruhi golongan remaja yang kurang berkemampuan sehingga menyebabkan mereka tertekan dan terjebak dengan amalan pembaziran Walhal telah berkali-kali diingatkan agar kita wajar berbelanja mengikut kemampuan Oleh itu, remaja perlu bijak membuat keputusan supaya tidak menyesal kemudian har
[6