Wednesday, April 22, 2015

LAWB Sinopsis Bab 11 - 20

Sinopsis Bab 11

Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.  Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semnangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut.  Akhirnya Adnan menjadi juara,  Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Sinopsis Bab 12

Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis Bab 13

Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan  tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu  bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Sinopsis Bab 14

Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.  Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan  mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan  oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Sinopsis Bab 15

Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis Bab 16

Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17

Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi  Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan  Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama  Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18

Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi  bayi perempuan itu  meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Mereka hidup bahagia.

Sinopsis Bab 19

Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun  Jepunbersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan  Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20

Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris.  Merekapun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah.  Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah.  Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

No comments:

Post a Comment