Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berpaerang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jenera; Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Keretapa Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jeragkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Bab 26
Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawsan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Bab 27
Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gempar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan ajwtaan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjunga Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28
Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Sinopsis Bab 29
Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaka askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Bab 30
Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anngotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempura berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Buit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
No comments:
Post a Comment