10 jenis pendahuluan karangan
1
|
Pendahuluan jenis definisi
|
ü
|
2
|
Pendahuluan jenis pendapat tokoh
|
|
3
|
Pendahuluan jenis suasana/gambaran
|
|
4
|
Pendahuluan jenis persoalan
|
|
5
|
Pendahuluan jenis peribahasa/pepatah/cogan
kata
|
ü
|
6
|
Pendahuluan jenis latar belakang
sejarah
|
|
7
|
Pendahuluan jenis fakta
|
|
8
|
Pendahuluan jenis tajuk berita
|
|
9
|
Pendahuluan jenis puisi
|
|
10
|
Pendahuluan jenis gabungan
|
|
Perenggan
pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk
karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian
tentang tajuk
karangan yang ditulis. Penulisan
perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif dan perbahasan.
Tajuk: Gejala Sosial
Skop : Langkah-langkah untuk membendung
gejala sosial
Gejala sosial
bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota
masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada
masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi
pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah.
Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut
guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan
kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda
ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan
sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata
3. Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.
Tajuk : Belia
Skop : Peranan belia dalam pembangunan
negara
Peribahasa
dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup bermasyarakat. Antara
peribahasa yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah
“jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” dan “di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan”. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan
daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam
membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang
bergantung kepada golongan belia kerana “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara”, “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”, “remaja penggerak
wawasan”, “generasi muda wawasan bangsa”, dan banyak lagi. Oleh itu,
pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk
merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah “satu matlamat,satu wawasan”.
Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan
mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.
No comments:
Post a Comment