Sunday, January 17, 2016

LAWB Latihan 1 Sinopsis

LAWB Latihan 1 ( Sinopsis )

Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik . Tuliskan sinopsis cerita tersebut .  

           Berdasarkan novel yang telah saya kaji , iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa , merupakan sebuah novel yang mempunyai  jalan cerita yang amat menarik . Novel hasil karya Abdul Latip Bin Talib mempunyai pelbagai unsur positif dan amat mudah dihayati . Melalui sinopsis umumnya sahaja, sudah cukup untuk menarik perhatian sesiapa pun yang baru sahaja hendak mula membaca novel tersebut . Sinopsis umum novel ini penuh dengan unsur tauladan dan nilai patriotisme.
      Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.
Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.
Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.
Intihanya , novel Leftenan Adnan Wira Bangsa merupakan sebuah novel yang harus dihayati dan turut diamati oleh semua generasi tidak kira peringkat umur,  mahu tua ataupun muda . Hal ini kerana novel tersebut telah dapat menarik perhatian pembaca .

 

 

No comments:

Post a Comment