Thursday, January 21, 2016

KRG A SPM2015 Sambutan Hari Guru 1

           Pada 16 Mei 2015  yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru yang telah mendidik murid dengan berdedikasi.

Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias dengan belon-belon yang cantik. Para hadirin mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.
Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Selepas itu, juruacara menjemput Pengetua SMK Cochrane untuk memberi ucapan perasmian. Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah.
Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang menarik ini. Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru, murid-murid dan ibu bapa juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan girang sekali.
Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat seketika. Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah disediakan oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara sukaneka. Di samping itu, sijil juga disampaikan kepada guru cemerlang. Wakil murid daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.

                Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru dengan belajar bersungguh-sungguh. Janganlah kita bersikap seperti kacang melupakan kulit.


No comments:

Post a Comment