Abdul Latip bin Talib
Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb. Jun 1954, pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini merupakan penulis sepenuh masa.
Ketekalan
beliau menghasilkan karya telah melayakkan beberapa buah karya beliau merangkul
pelbagai anugerah. Antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen
Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri
Sembilan. Novel ‘Beraraklah Awan Pilu’ memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Randau Ruai memenangi Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005 dan terbaru novel
sejarah Perang Jementah dan Datuk Moyang Saleh memenangi hadiah sayembara
menulis novel sejarah Johor 2007.
Abdul Latip
yang kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan pernah menerima Anugerah Sastera
Negeri Sembilan 2005 dalam genre cerpen dan esei. Dan sekali lagi pada tahun
2007 dalam genre novel remaja. Beliau dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang
Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
No comments:
Post a Comment